Berapa markah lulus ujian PTD? Mungkin inilah yang anda cari kan? Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda berapakah markah lulus sebenar ujian PTD pada tahun ini.
Berapa Markah Lulus Ujian PTD?
Untuk pengetahuan anda, ujian PTD ini sedikit berbeza dengan ujian yang lain. Ujian matematik ataupun kefahaman bahasa inggeris mempunyai jawapan yang tetap, tetapi berlainan pula dengan soalan PTD.
Ujian PTD tak ada jawapan betul dan tak ada jawapan yang salah. Lulus atau gagal ujian ini bergantung kepada tiga perkara utama, iaitu:
- Perwatakan Menepati Perwatakan Jawatan
- Kekosongan Jawatan
- Bilangan Calon
Bagaimana perwatakan jawatan, kekosongan jawatan dan bilangan calon ini boleh mempengaruhi markah lulus ujian PTD? Jom saya kongsikan bagaimana tiga perkara boleh menjadi penyebab utama.
Perwatakan Menepati Perwatakan Jawatan
Untuk pengetahuan anda, ujian PTD ini dijalankan apabila terdapat kekosongan jawatan dalam sistem perguruan. Pihak SPA ini pula adalah agensi untuk merekrut calon.
Jadi, pihak SPA bertanggunjawab untuk mencari calon-calon yang mereka kehendaki bersesuaian dengan skop tugasan jawatan yang ada kekosongan itu.
Ramai calon beranggapan nak lulus ujian PTD ini, calon kena selalu berperwatakan positif. Ya, memang perkara itu betul.
Tapi, ujian ini bukanlah nak mencari calon yang bersikap positif semata-mata. Jom saya kongsikan kenapa saya berkata demikian.
Jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang menepati masa, anda perlu tonjolkan sikap menepati masa bagi memastikan anda boleh lulus ujian ini.
Nanti soalan akan menguji anda adakah anda mempunyai sikap menepati masa ataupun tidak. Contoh soalannya seperti di bawah ini:
Soalan 1: Saya menunggu semua rakan sebelum memulakan sesuatu aktiviti walaupun sudah kelewatan masa.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jika pernyataan ini dinilai daripada sudut penilaian menepati masa, anda menyokong bermaksud anda tiada sikap menepati masa. Jika anda membangkang pula, itu membuktikan anda seorang yang menepati masa.
Peluang untuk lulus memang tinggi jika anda membangkang pernyataan ini kerana ianya menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.
Tapi, apa akan jadi jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang mempunyai semangat kerjasama dalam kumpulan? Jika anda membangkang pernyataan ini, anda akan gagal secara automatik.
Jika anda menyokong pula anda ada peluang yang tinggi untuk lulus. Anda lulus disebabkan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.
Kekosongan Jawatan
Untuk ujian PTD, berapa ramai calon dipanggil ke peringkat temuduga bergantung kepada kekosongan jawatan. Selalunya menggunakan nisbah 1:10.
Jika ada 1 kekosongan jawatan, 10 calon akan dipanggil ke peringkat temuduga. Jika ada 100 kekosongan jawatan, 1,000 calon akan dipanggil ke peringkat temuduga.
Jadi, bukanlah bermaksud anda perlu dapatkan markah 80% atau 90% baru lulus ujian ini. Jika banyak kekosongan, peluang untuk anda lulus memang tinggi sekiranya menepati ciri-ciri yang dicari oleh ketua jabatan.
Sebaliknya, jika kekosongan jawatan sedikit, contohnya tiga kekosongan, anda terpaksa bersaing dengan calon yang lain. Hanya calon yang terbaik daripada yang terbaik sahaja yang akan lulus.
Bilangan Calon
Setiap kali adanya panggilan exam online, mesti akan ramai calon yang akan dipanggil. Exam kerajaan ni mudah je nak tahu calon yang dipanggil tu ramai atau tak, tengok pada berapa sesi atau berapa hari ujian dijalankan.
Kalau sehari, itu bermaksud calon dipanggil sedikit, kalau 2 hari ke atas, tu bermaksud terdapat ramai calon yang dipanggil. Paling sikit pun dalam 10,000 calon bakal dipanggil untuk mengambil exam.
Dalam 10,000 orang tu pula, tak semua pun akan jawab exam. Selalunya dalam 70% sahaja yang akan jawab exam nanti. Mungkin sebab tak berminat, atau mungkin sebab tak tahu ada panggilan exam, ataupun terlupa.
Jika diambil 70% ini yang jawab exam, bermaksud 7,000 calon akan mengambil exam. Andaikata kekosongan jawatan ada 10 orang, bagaimana daripada calon 7,000 orang tadi nak ditapis menjadi 10 orang?
Ketika inilah, pihak SPA akan memilih calon yang terbaik daripada yang terbaik. Jika calon yang menepati ciri-ciri dikehendaki oleh ketua jabatan ada 1,000 orang, jumlah calon itu akan ditapis dan dikecilkan kepada 500 orang.
Selepas dah dapat calon 500 orang tu, jumlah tapisan itu akan ditapis sekali lagi sehingga menjadi 100 orang sahaja. Calon perlu bersaing sesama mereka. Hanya terbaik sahaja akan lulus ujian ini nanti.
Apa Nak Buat Sekarang?
Tak boleh la berharap banyak kekosongan jawatan, tak boleh lah berharap semoga-moga exam nanti calon hadir sedikit. Sebab itu perkara yang anda tak boleh kawal. Apa yang perlu anda buat ialah buat persiapan sebaik mungkin.
Saya harap dengan perkongsian berapa markah lulus ujian PTD ini boleh membantu anda dalam menghadapi ujian nanti.
Pss.. Anda dah tengok 200 soalan PTD dan huraian jawapan? Jika belum, sila klik butang di bawah untuk teruskan pembacaan.