Anda tahu tak soalan psikometrik ini mempunyai perangkap? Selalunya digunakan untuk menjerat calon-calon yang tak ada pendirian.
Soalan Perangkap Psikometrik PTD
Jika ditanya antara kerja secara solo dengan kerja secara berkumpulan, mana lagi positif.
Saya yakin jawapan paling ramai akan pilih ialah kerja secara berkumpulan. Sebabnya kerja secara berkumpulan ini lebih positif.
Jangan Salah Faham!
Sebenarnya, tak ada ‘lebih baik’ pun antara dua kategori ini.
Setiap kecenderungan personaliti akan ada baik dan buruk mereka sendiri.
Adakah itu bermaksud kerja secara solo ini tidak membawa apa-apa nilaian positif?
Ya tetap ada.
Contohnya, kepantasan dalam membuat keputusan. Ianya disebabkan proses membuat keputusan secara solo tidak memerlukan persetujuan ahli yang lain.
Kerja berkumpulan memerlukan persetujuan kesemua ahli. Sekiranya ada ahli yang tak setuju, itu akan melambatkan sesuatu keputusan itu dilaksanakan.
Contoh Soalan
Contoh soalan untuk menguji kecenderungan seseorang bekerja secara solo.
Soalan 1: Saya boleh mengambil keputusan pantas dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Nampak positif kan? Tapi sebenarnya soalan ini cuba mencungkil kecenderungan kerja secara solo.
Positif dan negatif sesuatu soalan itu bergantung dari sudut apa soalan itu ditanya.
Awas Calon Tak Ada Pendirian!
Jangan terperangkap dengan soalan. Sebab memang soalan psikometrik dibuat untuk memerangkap calon yang tak ada pendirian.
Bagi anda yang fokus pada jawapan positif semata-mata tu, anda perlu berhati-hati. Jangan sampai pihak SPA nampak anda ini seorang calon yang tak ada pendirian.
Pss.. Anda nak tahu soalan apa lagi kerap memerangkap calon PTD? Jom klik butang di bawah untuk download