Sikap Apakah Cuba Dicungkil Dalam Ujian PTD?

Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)? Masih tak tahu sikap apa cuba dicungkil melalui ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa sikap yang cuba dicari dan bagaimana soalan boleh mencungkil sikap ini daripada dalam diri anda.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik PTD?

Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan PTD sepenuhnya bergantung kepada skop kerja PTD itu sendiri. Antaranya skop tugas PTD ialah:

Skop tugas 1: Mewakili pegawai atasan ke mesyuarat melibatkan pelanggan dari dalam atau luar jabatan dan membuat tindakan susulan terhadap agenda yang dipersetujui.

1. Kecenderungan Sosial

Skop tugas ini memerlukan interaksi sosial yang intensif, termasuk kebolehan berkomunikasi dengan berkesan, membuat pembentangan, dan mengambil bahagian dalam perbincangan.

Individu ada kecenderungan sosial berasa selesa dan mahir dalam situasi ini, dan dapat mengekspresikan diri mereka dengan jelas.

Skop tugas 2: Mengkaji pendekatan kerja yang inovatif untuk digunapakai demi merealisasikan matlamat jabatan dari semasa ke semasa.

2. Keterbukaan

Skop tugas ini secara langsung memerlukan keterbukaan kepada idea baharu, pendekatan yang inovatif dan kesediaan untuk mencuba.

Ia mencerminkan sifat individu yang mendapat skor tinggi dalam keterbukaan. Ciri-ciri personaliti seperti ini ialah kreativiti, inovasi dan pemikiran fleksibel.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang PTD itu perlu ada kecenderungan sosial dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik PTD ini.

“Jadi ujian ni nak uji kecenderungan sosial dan keterbukaan je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan PTD, itu anda boleh semak semula nanti.

Tips Lulus Ujian Psikometrik PTD

1. Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 9 dan soalan 15 di bawah ini. Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. 

Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 1: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? 

Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

2. Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 9 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 9 dan 15 ini.

Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. 

Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Kecenderungan perwatakan sangat gemar bersosial.

Soalan 2 = sokong.
Soalan 9 = sokong.
Soalan 15 = bangkang.

Kecenderungan perwatakan tidak gemar bersosial.

Soalan 2 = bangkang.
Soalan 9 = bangkang.
Soalan 15 = sokong.

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial.

Jika anda mampu tonjolkan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 9 dan soalan 15, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

Apa Cuba Dicungkil?

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja. 

Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.

“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.

Pertanyaan yang lebih sesuai ialah “Perwatakan mana paling berkelayakan untuk melaksanakan skop tugas bagi jawatan kali ini?”.

Nak tahu jawapan itu, anda perlu tahu apakah tugas yang bakal dilaksanakan sekiranya seseorang calon itu dilantik.

Dan perwatakan manakah yang paling optimum untuk memastikan skop tugas bakal dipertanggungjawabkan nanti dapat dilaksanakan dengan baik.

Penutup

Cikgu harap dengan perkongsian apakah sikap cuba diuji dalam ujian PTD ini, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga PTD kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik PTD? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *