Mitos Ujian PTD – Antara perkara mitos yang ramai calon psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik PTD percaya ialah jangan sesekali pilih jawapan dekat tengah-tengah.
Wajib pilih jawapan paling atas dan paling bawah sekali.
A. Sangat Kerap <= atas
B. Kerap <= tengah
C. Tidak Pasti <= tengah
D. Kadang-Kadang <= tengah
E. Tidak Pernah <= bawah
Konon-kononnya kalau pilih jawapan tengah-tengah akan menunjukkan seseorang itu tidak yakin dengan diri mereka sendiri.
Tapi Betul Ke?
Dah tentu lah tak betul. Ujian psikometrik PTD ni sifatnya bebas. Anda sebagai calon bebas nak pilih jawapan apa sekali pun selagi mana jawapan tu mencerminkan perwatakan anda yang sebenar.
Soalan psikometrik PTD ditanya menggunakan situasi. Ada sesetengah situasi anda sendiri pun tak pernah lalui. Kalau anda tak sure soalan tu ada kaitan dengan anda ataupun tak, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah TIDAK PASTI.
Jika soalan tu ada sikit berkait dengan diri anda, jawapan yang paling tepat untuk diri anda ialah KADANG-KADANG.
Ramai Calon Terpengaruh
Saya pasti mesti ramai kan terpengaruh dengan tips-tips dekat google, youtube, tiktok pasal cara pemilihan jawapan ni.
Saya menerima banyak maklum balas daripada calon, mereka lulus walaupun mereka memilih jawapan TIDAK PASTI dan KADANG-KADANG.
Nak Tahu Pendapat Calon Sahaja
Secara rumusannya, ujian ini hanyalah ingin mendapatkan pendapat anda sahaja. Bukan pendapat anda tentang orang lain, tapi pendapat anda terhadap diri anda sendiri.
Sepatutnya anda lah yang lebih mengenali diri anda dan tahu jawapan apa yang mencerminkan diri anda.
Pss.. Anda nak tahu soalan apa lagi kerap memerangkap calon PTD? Jom klik butang di bawah untuk download